Monday 26 December 2011

Polisi Amerika Syarikat dan kuasa Amerika Syarikat




Sesuatu yang luarbiasa berlaku semasa pilihanraya presiden di Amerika Syarikat tahun lalu – terdapat perdebatan mengenai polisi luar negara di antara calon-calon, iaitu ahli Demokrat Al Gore dan ahli Republikan George W. Bush. Ini merupakan sesuatu luarbiasa kerana dua sebab. Pertama, perdebatan mengenai isu-isu penting biasanya tidak berlaku, terumatanya mengenai polisi luar negara, di antara calon-calon dalam pilihanraya presiden Amerika Syarikat. Kedua, tidak ramai orang memperhatikan kejadian ini.

Jika kita mengimbas kembali perdebatan ini sekarang, ia memberitahu kita sedikit sebanyak mengenai cara pemikiran elit Amerika Syarikat, iaitu orang yang telah membawa kita masuk ke dalam tiga peperangan besar dalam satu dekad. Secara dasarnya, Bush dan kumpulannya mendakawa bahawa Rumah Putih Clinton telah merosakkan pihak tentera dengan pebelanjaan yang tidak mencukupi, melibatkan Amerika Syarikat dalam terlalu banyak isu luar negara dan mencuba ‘membina negara’ tanpa usulan di Balkan dan kawasan-kawasan lain. Seperti yang dikatakan oleh bakal Penasihat Keselamatan Kebangsaan Bush, Condoleezza Rice, “Kita tidak memerlukan pasukan Tentera Udara ke-82 mengiring kanak-kanak ke tadika.” Gore membalas dengan mendakwa bahawa Bush mengamalkan sikap ‘isolasionisme’ [pemulauan]. Dia mempertahankan rekod ‘pencelahan keperimanusiaan’ Clinton dengan mendesak bahawa ‘membina negara’ juga merupakan tugas yang dilakukan oleh Amerika Syarikat di Jerman dan Jepun selepas Perang Dunia Kedua – inilah tema rencana matlamat peperangan Clinton semasa Perang Balkan, seperti yang kita sudah melihat.

Peralihan perdebatan ini tidak menarik perhatian. Tetapi apa yang menarik perhatian adalah bahawa Bush telah berpatah balik dan menggunakan kedudukan pihak pembangkangnya dalam beberapa bulan selepas menjadi presiden. Ketua-ketua tentera terperanjat mendapati bahawa Bush mengutarakan rancangan perbelanjaan ketenteraan 2002 Clinton kepada Kongres dengan hanya perubahan kecil. Menteri Dalam Negara, Colin Powell, berkejar ke mesyuarat NATO di Brussels pada bulan Februari 2001 untuk memberitahu mereka bahawa Amerika Syarikat tidak akan menarik diri dari Balkan: “Usulan senang adalah bahawa kita masuk bersama, dan kita akan keluar bersama.”Akhirnya, Bush telah memasukkan Amerika Syarikat ke dalam Afghanistan dengan tugas ‘membina negaara’ yang lebih luas dan merbahayakan daripada tugas Clinton.

Jika kita mengalihan pandangan melintasi perdebatan presiden, kita dapat melihat fiziognomi elit pemerintah yang lebih luas, yang tidak dapat dipisahkan mengikut garisan parti. Di sini kita dapat melihat kuasa-kuasa sebenar, dan percanggahan sebenar, dalam struktur membuat polisi Amerika Syarikat, terutamanya berkenaan dengan peperangan terbaru ini.

Apabila kerajaan Clinton mengambil kuasa pada tahun 1992, usaha utama mereka adalah untuk meningkatkan hubungan baik dengan Rusia selepas kerajaan-kerajaan Stalinis. Isu-isu Kaspia dan Asia Tengah dilihat sebagai gangguan atau, lebih teruk lagi, isu yang mungkin mencabar Moskow. Penasihat mengenai isu Rusia kepada Clinton yang kemudiannya menjadi Naib Menteri Dalam Negara, Strobe Talbott, mendesak bahawa sokongan Amerika Syarikat bagi rejim Yeltsin adalah penting bagi menentang pengembalian ‘Komunisme.’ Jabatan Pertahanan juga ingin menguatkan kerjasama dengan Rusia mengenai isu pengurangan senjata nuklear. Pegawai-pegawai mereka berhati-hati agar tidak mengkritik polisi-polisi dalam negeri Rusia, dan ini menjadi sebahagian daripada usaha ‘Rusia pertama’ mereka.

Usaha ini mula berubah pada pertengahan tahun 1990-an. Satu isu penting adalah minyak:

Namun demikian, menjelang pertengahan tahun 1994, potensi tenaga kawasan itu… telah menarik perhatian semula, dan ‘kawasan Kaspia’ menikmati perhatian semasa sekumpulan pembuat polisi yang kecil dan kuat. Menjelang pertengahan dekad itu, mesyuarat-mesyuarat dianjurkan di perairan Kaspia hampir setiap minggu, institusi-institusi baru ditubuhkan untuk mengkaji sejarah dan politik Eurasia Tengah, majlis-majlis perdagangan bilateral diwujudkan untuk setiap negara di kawasan ini. Setiausaha kabinet dan ahli-ahli Kongres melawat kawasan itu berkali-kali. Di Baku dan Tashkent khususnya, harapan meningkat sehingga tahap di mana hubungan khas dengan Amerika Syarikat dicadangkan, seperti hubungan di antara Amerika Syarikat dengan Arab Saudi atau Iran di bawah pemerintahan Shah.

Dari ini, sebuah konsep strategi baru timbuk pada hujung tahun 1990-an – iaitu Jalan Sutera Baru. Diutarakan oleh kumpulan inter-agensi Kaspia di Majlis Keselamatan Kebangsaan yang baru ditubuhkan dan seorang penasihat presiden bagi isu-isu Kaspia, rancangan ini membayangkan “sebuah ‘koridor’ negara-negara bahagia, stabil dan sekular yang lebih kurang terikat dengan kepentingan Barat dan memberi imbangan bagi apa yang dianggap sebagai matlamat Rusia, Iran atau Negara Cina.” Pada tahun 1998, Kongres memperkenalkan ‘Akta Strategi Jalan Sutera’ untuk membina saluran-saluran paip untuk membawa minyak Kazakstan, Turkmenistan dan Azerbaijan ke pasaran.

Evolusi polisi ini merupakan sebahagian daripada peralihan lebih luas dalam polisi luar negara kerajaan Clinton yang diterajui oleh Setiausaha Dalam Negara pada masa itu, iaitu Madeleine Albright dan penasihatnya, Zbigniew Brzezinski. Brzezinski, yang dilahirkan di Poland, adalah tokoh penting dalam elit polisi luar negara, dan untuk mengikuti kerjayanya adalah sama dengan melihat evolusi utama dalam polisi Amerika Syarikat. Brzenzinski pernah menjadi Penasihat Keselamatan Kebangsaan bagi Jimmy Carter, dan mempunyai pengaruh kuat dalam kerajaan pertama Clinton melalui rakannya dan Penasihat Kesemalatan Kebangsaan Clinton, iaitu Anthony Lake. Brzezinki merupakan penyeru awal bagi peluasan NATO dan, melalui Lake, memainkan peranan penting dalam mendesak Clinton mengutamakan langkah peluasan ini seawal tahun 1994. Pengaruh Brzezinki berterusan dalam kerajaan kedua Clinton, apabila bekas pelajarnya di Universiti Columbia, Madeleine Albright, menjadi Menteri Dalam Negara. Albright juga pernah bekerja di bawah Brzezinski dalam kerajaan Carter.

“Tiga keperluan mahabesar dalam geo-strategi imperialis” bagi Brzezinski adalah “untuk menghalang kerjasama dan mempertahankan keselamatan di antara orang-orang suruhan, untuk memastikan yang aliran-aliran dikuasai dan dipertahankan, dan untuk mengelakkan orang-orang yang tidak bertamadun daripada berkumpul.” Dan tugas yang paling penting adalah untuk “mengukuhkan dan meluaskan pluralisme geo-politik yang sedia ada pada peta Eurasia” dengan “tipu-helah dan manipulasi untuk menghalang pembangkitan persekutuan yang bermusuhan, yang mungkin mencabat kekuasan Amerika Syarikat.” Mereka yang perlu dipisahkan dan dikuasai termasuk Jerman, Rusia, Negara Cina, Iran dan Jepun.

Brzezinski merupakan orang yang mempertahankan sokongan Amerika Syarikat bagi pihak Taliban: “Apakah yang lebih penting dalam pandangan sejarah dunia? Pihak Taliban atau penumbangan Empayar Soviet? Beberapa orang Islam yang ghairah atau pembebasan Eropah Tengah dan pengakhiran Perang Dingin?”Dan apabila tugas ini diselesaikan, Brzezinski menjadi penyokong utama bagi peperangan di Balkan. Sebahagian ini adalah kerana dia melihat Perang Balkan sebagai medan ujian bagi polisi Amerika Syarikat di seluruh kawasan Kaspia dan Asia Tengah: “Dalam skima Brzezinski… ‘Serbia’ adalah sama dengan Rusia, dan Kroatia, Bosnia, Kosovo dan sebagainya adalah sama dengan Ukraine, negara-negara Baltik, Georgia dan bekas republik Soviet di ‘Balkan Eurasia.’” Dan sememangnya:

… setelah menjadi penyokong bagi perusahaan-perusahaan minyak Amerika yang ingin mendirikan diri mereka di bekas republik-republik Soviet di Kaukasus dan Asia Tengah, Brzezinski menganggap kekuasaan Amerika di kawasan ini… sebagai matlamat utama. Dengan itu, selain daripada persekutuan dengan Negara Cina dan Turki, penyokong demokrasi kami mengambil pandangan baik mengenai penguatan hubungan di antara Pakistan dan Afghanistan (dengan pihak Taliban beraksi sebagai simen) dan bagi pembangkitan semula Islam di Arab Saudi dan juga Iran (di mana dia menyokongi persekutuan).

Ia tidak memerlukan kepandaian tinggi untuk melihat dalam senario ini garisan diplomasi Amerika Syarikat dalam konflik Afghanistan, melainkan fakta bahawa “beberapa orang Islam yang ghairah” kini menujukan masalah yang lebih besar ke arah elit Amerika Syarikat daripada yang diramalkan oleh Brzezinski.

Strategi Brzezinski pernah mendapat tentangan dari kalangan pemerintah Amerika Syarikat. Beberapa orang, misalnya Menteri Dalam Negara dalam kerajaan Clinton, iaitu Warren Christopher, berasa ragu-ragu dengan peluasan NATO. Ada juga orang yang melihat Islam sebagai ancaman dan bukannya imbangan dalam permainan real-politik. Segolongan lain, misalnya Strobe Talbott, memulakan tahun 1990-an dengan karenah yang lebih baik hati terhadap Rusia, sambile mengharapkan agar ia dapat dibawah masuk ke dalam kem Barat sebagai sahabat dan bukannya pesaing. Tetapi kemerosotan ekonomi-ekonomi Rusia serta bekas republik-republik Soviet dan kerajaan-kerajaan kuasa mutlak di kawasan itu, ditambah kepada logik dua peperangan dalam tiga tahun, telah membenarkan pandangan ‘peluasan’ semakin meningkat.

Kabinet Bush juga merupakan kumpulan orang yang agak luarbiasa. Naib presiden Dick Cheney adalah seorang eksekutif perusahaan minyak dan bekas Menteri Pertahanan. Condolezza Rice adalah pengarah sebuah perusahaan minyak transnasional dan seorang mahasiswa Rusia. Menteri Dalam Negara, Colin Powell, tidak mempunyai latihan diplomatik, tetapi pernah menjadi pengerusi Ketua-Ketua Pegawai semasa Perang Teluk. Donald Rumsfeld, iaitu Menteri Pertahanan, adalah bekas pegawai eksekutif utama bagi perusahaan Searle Pharmaceuticals dan pernah menjadi, bersama dengan Dick Cheney, pengucap utama di Forum Ketua-ketua perniagaan Russia-Amerika pada bulan Mei 2000. Rumsfled dan penolongnya, Paul Wolfowitz, menuntut dengan bersemangat aksi untuk menumbangkan Saddam Hussein pada hujung tahun 1990-an. Ia boleh dikatakan bahawa kepentingan utama kumpulan ini adalah minyak, Rusia dan tentera mereka.

Namun demikian, halangan utama bagi ‘peluasan’ terletak lebih dengan had kuasa Amerika Syarikat daripada dengan percanggahan dalaman kelas pemerintah Amerika Syarikat. Dan, walaupun kuasa Amerika Syarikat seolah-olah tidak dapat dikalahkan, sebenarnya ia mempunyai penghadan yang begitu jelas.

Paradoks utama yang menggambarkan projek imperialis Amerika Syarikat pada awal abad ke-21 adalah seperti berikut – ia mempunyai kekuasaan tentera yang lebih kuat daripada kebanyakan pesaingnya, tetapi ia tidak mempunyai kebolehan ekonomi untuk membina semula ekonomi dunia berkali-kali setelah ia mengalami kemerosotan dan pertumbuhan perlahan-lahan di intinya, dan kebinasaan di siringnya. Ini bercanggah dengan kemuncak hegemoni selepas Perang Dunia Kedua. Pada masa itu, bahagian kuasa ekonomi Amerika Syarikat secara menyeluruh lebih besar, lalu membolehkan pembinaan semula politik dan ketenteraan Eropah, dan pewarisan tanggungjawab kepadanya bagi bahagian-bahagian dunia di mana penjajah Eropah telah mengundur diri. Pada masa itu, perbelanjaan persenjataan oleh Amerika Syarikat berjaya mengekalkan pertumbuhan paling lama dalam sejarah kapitalisme. Kini, walaupun perbelanjaan persenjataan mungkin membantu ekonomi Amerika Syarikat dalam jangka masa pendek, ia tidak mampu membawa ekonomi dunia ke dalam zaman pertumbuhan di mana kadar pertumbuhan sekali lagi mencapai tahap dua kali ganda purata ekonomi perindustrian pada masa ini.

Keadaan ekonomi ini mempunyai kepentingan bagi takdir zon konflik Eurasia yang kita sedang mengkaji. Globalisasi dan pembukaan sfera pengaruh Rusia telah membawa perlumbaan ekonomi dan ketenteraan ke kawasan ini oleh Amerika Syarikat dan kuasa-kuasa Barat yang lain. Tetapi aspek ekonomi bagi ini sudah tentu bukanya Rancangan Marshall baru yang dapat membawa kebahagiaan yang ramai meramalkan akan mengikuti penumbangan Stalinisme. Ekonomi Rusia sendiri mengalami kemerosotan teruk pada tahun 1990-an, dan ini diterukkan lagi oleh kemerosotan di Asia Tenggara pada tahun 1997. Di bekas republik-republik Soviet, pelaburan yang banyak sudah dijanjikan tetapi hanya sedikit diserahkan, terutamanya jika kita mengecualikan sumber-sumber minyak dan gas. Dan dari tahun 1997-1999, perdagangan Eurasia Tengah dengan seluruh dunia berkurangan sebanyak 40 peratus. Akibatnya adalah bahawa sejak tahun 1997, kadar kehidupan, buka buta huruf, kebernasan serta nutrisi telah merosot di hampir kesemua negara di kawasan itu. Kadar pertumbuhan penduduk jatuh sebanyak 31 peratus di Kyrgystan pada tahun 1999, sebanyak 25 peratus di Armenia pada tahun 1998, dan sebanyak 15 peratus setiap tahun di Afghanistan.

Semua ini begitu jauh daripada ‘koridor kebahagiaan’ yang diidamkan oleh Majlis Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat pada pertengahan tahun 1990-an. Kini, Amerika Syarikat dan kuasa-kuasa besar lain mempunyai wawasan yang lebih gelap bagi peranan mereka di kawasan itu. Sambil tahun 1990-an beterusan, mereka sedia menganggapnya sebagai peluasan Afghanistan – dihuraikan oleh seorang pakar India sebagai “vorteks ribut yang berterusan, yang memuntahkan segala jenis kezaliman.” Sambil melupakan perana mereka sendiri dalam mewujudkan ribut ini, “segala kuasa-kuasa besar dengan kepentingan di Eurasia Tengah menganggap isu mempertahankan kestabilan di situ sebagai isu yang paling penting.”

Maka, di mana globalisasi telah gagal, pihak tentera mesti masuk. Inilah coraknya berkali-kali berkenaan dengan saluran-saluran paip. Saluran paip Baku-Ceyhan tergendala buat jangka masa yang panjang kerana ketidak-mampuan kerajaan Turki untuk menangani pemberontakan Kurd. Saluran Baku-Suspa diancam oleh pemberontak Chechnya, yang pernah meletupkan sebahagian daripada saluran paip yang sedia ada. Saluran paip Bulgaria-Albania tidak dapat dibina sehingga kejayaan NATO di kawasan Balkan. Perang saudara Afghanistan akhirnya memaksa pembatalan saluran paip Unocal dari Tajikistan ke Pakistan melalui Afghanistan. Maka, strategi geo-politik saling mencanggah dan menguatkan satu sama lain.


No comments:

Post a Comment