Monday 26 December 2011

Kerajaan dan Globalisasi




Peranan kerajaan sememangnya diubahkan dengan mendadak oleh globalisasi, tetapi ia belum dilemahkan. Malah, dalam ‘campur tangan’ kerajaan secara langsung di dalam ekonomi, iaitu syaitan yang kononnya dihalau oleh tahun-tahun Reagan-Thatcher, fakta-faktanya tidak sepadan dengan ideologi. Dari penyelamatan Simpanan dan Pinjaman oleh Dana Kebangsaan Amerika Syarikat semasa kemerosotan terakhir ke pinjaman bagi industri penerbangan semasa kemerosotan terbaru, terdapat lebih banyak ‘Keynesianisme’ daripada penyokong-penyokong pasaran bebas sedia mengaku.

Fungsi-fungsi kerajaan sebagai polis antarabangsa dan tempatan juga tidak menyusut akibat pertumbuhan dalam pengeluaran antarabangsa. Untuk memberikan satu contoh tempatan, pertumbuhan dalam pengeluaran antarabangsa telah mewujudkan (seperti yang tidak dapat dielakkan) sebuah kelas pekerja antarabangsa dan, dengan itu, sebuah pasaran tenaga pekerja antarabangsa. Justeru itu, ini mewujudkan penghijrahan antarabangsa tenaga pekerja, seperti juga di mana perindustrian awal menghisap tenaga pekerja dari desa ke kilang-kilang di pekan, bandar dan metropolis di Britain pada abad ke-19. Pencubaan untuk mengawal proses ini untuk kepentingannya sendiri telah meningkatkan kuasa pemolisan kerajaan ke atas imigrasi dan isu-isu pelarian.

Dari segi antarabangsa, kerajaan-kerajaan masih tidak dapat dipisahkan daripada aktiviti-aktiviti perusahaan-perusahaan multinasional. Tidak terdapatnya cadangan, walau dari penyokong-penyokong pasaran bebas yang paling ghairah, untuk kenbali ke permulaan sistem kapitalis, di mana perusahaan-perusahaan Syarikat India Timur dapat menempatkan askar-askar mereka sendiri. Aksi bersenjata ataupun ancaman aksi bersenjata oleh kerajaan masih merupakan harapan terakhir bagi perusahaan-perusahaan kapitalis, di mana pasaran-pasaran atau kemudahan pengeluaran mereka diancam oleh pesaing antarabangsam, biarpun pesaing itu dalam bentuk negara-negara, perusahaan-perusahaan lain atau penduduk negara asing yang tidak yakin pada pasaran bebas.

Hubungan ekonomi dan ketenteraan dengan kerajaan seperti ini adalah satu tanda utama kapitalisme dalam abad ke-20. Dan walaupun penumbangan kerajaan-kerajaan Stalinis dan polisi-polisi penswastaan kebanyakan kerajaan memberikan pandangan bahawa hubungan ini telah dilemahkan, ini sememangnya tidak benar. Ia sudah lama difahami, misalnya, bahawa firma-firma swasta dalam industri persenjataan Amerika Syarikat bergantung kepada kerajaan untuk membiayai kewujudan mereka.

Maka, inilah cara-cara begaimana perana kerajaan masih sepadan dengan peranannya pada masa dahulu. Tetapi globalisasi juga telah menggerakkan aliran yang bercanggah. Yang penting, globalisasi telah mempercepatkan peralihan kerajaan-kerajaan untuk mencuba menguasai perkembangan sistem ini melalui pertubuhan-pertubuhan antarabangsa dan inter-kerajaan. Pertubuhan Perdagangan Sedunia, Dana Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia semuanya merupakan pertubuhan yang diketuai oleh Amerika Syarikat yang digunakan untuk membentukkan ekonomi global. Kesatuan Eropah pula ingin menjadikan kapital Eropah pesaing mantap dalam pasaran dunia. Dan NATO [Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara] sudah lama menjadi cabang keselamatan kapital Barat. Pertubuhan-pertubuhan seperti ini biasanya ditubuhkan lebih awal daripada fasa terbaru globalisasi, tetapi mereka telah merangkul kepentingan baru kerana pertumbuhan sistem ini. Tidak terdapat mana-mana pertubuhan ini yang dapat melanggar kekuasaan kerajaan-kerajaan yang mendirikan mereka. Pertubuhan-pertubuhan ini adalah tapak konflik dan kelumpuham, dan juga embrio ‘kerajaan antarabangsa,’ tetapi mereka juga menandakan percubaan (terutamanya oleh kerajaan-kerajaan besar) untuk merancangkan bersama balasan bagi kuasa-kuasa yang sukar dikawal. Maka, ini adalah aliran supra-nasional yang dikemukan oleh globalisasi.

Sebagai balasan bagi proses ini, nasionalisme juga sedang dijanakan. Ini dapat mengambil bebarapa bentuk. Negara-negara yang dimiskinkan oleh globalisasi dan diketepikan oleh kelab-kelab mahakuasa elit dapat berbalas dengan mengutarakan balasan nasionalis. Ini merupakan motif yang berterusan dalam politik Rusia dan politik negara-negara baru di Balkan sejak penumbangan Stalinisme, di Negara Cina, di Iraq dan di Indonesia sejak penumbangan Suharto. Malah di inti sistem ini juga, rasa rakut dan ketidak-stabilan, serta rasa tidak berkuasa di kalangan orang biasa apabila mereka berhadapan dengan birokrasi swasta dan kerajaan dengan dimensi antarabangsa, mendapat peluahan dalam nasionalime penentang kemajuan, misalnya dalam politik Haider dan Berlusconi.

Proses mencari identiti adat yang stabil dalam himbunan dunia yang berubah dan tidak dapat diramalkan juga menjana gerakan-gerakan nasionalis yang ingin memecahkan kerajaan-kerajaan yang sedia ada. Nasionalisme Scotland, gerakan pemisahan Basque dan nasionalisme Palestin mempunyai gerakan-gerakan yang lebih kurang sama kekuatan, lebih kurang sama progresif di merata dunia. Pembangkitan Islam juga perlu dilihat dalam konteks ini.

Proses dua hala yang menjalar melalui sistem ini pertama sekali dilihat oleh Lenin dan Bukharin semada Perang Dunia Pertama. Kapitalisme moden melibatkan dua desakan yang bercanggah: yang pertama adalah untuk pemusatan kapital pada skala kebangsaan dan, maka, hubungan yang lebih rapat dengan kerajaan; yang kedua adalah internasionalisasi sistem ini, pertumbuhan perusahaan-perusahaan multinasional dan perdagangan antarabangsa. Ia merupakan percanggahan yang diutarakanoleh paradoks ini, yang berkali-kali dalam abad yang lalu, terpaksa diselesaikan oleh peperangan atau revolusi.

Terdapat sau lagi balasan kepada proses globalisasi dan internasionalisasi kekuasaan kerajaan yang mempunyai potensi paling baik untuk meluahkan alternatif benar kepada pemerintah-pemerintah elit global – iaitu pemberontakan dari bawah. Pemberontakan ini melibatkan aksi permogokan dan aksi tunjuk rasa menentang penswastaan, seperti perjuangan menentang penswastaan air di Bolivia, kepada aksi permogokan umum di Afrika, kepada gerakan-gerakan pemberontakan yang menumbangkan Milosevic dan Suharto. Ia adalah pemberontakan yang tidak sejenis dalam cara-caranya mahupun matlamatnya. Penyokong-penyokongnya mungkin tidak melihat satu sama lain sebagai rakan atau mereka mungkin tidak bersetuju mengenai strategi dan taktik. Walaubagaimanapun, pemberontakan seperti ini telah mengambil bentuk yang semakin luas dan sedar dalam sepuluh tahun yang lalu. Pembangkitan gerakan anti-kapitalis global sejak aksi tunjuk rasa hebat di Seattle pada tahun 1999 telah memberikan bahasa yang sama dan mengenalpasti musuh yang sama, dengan cara yang tidak dilihat oleh mana-mana gerakan pemberontakan antarabangsa sejak kekalahan perjuangan terakhir pada pertengahan tahun 1970-an.

Kita akan kembali kepada potensi gerakan ini. Tetapi sekarang kita perlu mengkaji bagaimana proses globalisasi, dan rangkaian kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan supra-kerajaan, telah membawa peperangan dalam sepuluh tahun yang lalu.

No comments:

Post a Comment