Monday 26 December 2011

Globalisasi:Perdagangan Antarabangsa



Peluasan perdagangan antarabangsa, kewangan dan pengeluaran oleh perusahaan-perusahaan multinasional adalah inti pemahaman orang ramai mengenai ‘globalisasi.’ Dan pemahaman ini sememangnya menangkap sebahagian penting daripada apa yang berlaku dalam ekonomi dunia. Tetapi kita patut meluangkan sedikit masa untuk meneliti tahap kelajuan pembangunan dalam ketiga-ketiga sektor ini.

Kapitalisme, dari awal lagi, merupakan sistem perdagangan antarabangsa, dan sambil sistem ini bertumbuh, jumlah dan keluasan perdagangan juga telah bertumbuh dengannya. Perdagangan antarabangsa tumbuh sebanyak tiga kali ganda di antara tahun 1870 dan 1913, sambil Eropah dan Amerika Syarikat mengalami perindustrian. Kemerosotan dan sistem kawalan dalam masa di antara peperangan menghadkan perdagangan antarabangsa, tetapi perbelanjaan persenjataan Amerika Syarikat dan hegemoninya ke atas ekonomi global selepas Perang Dunia Kedua membawa pertumbuhan semula. Nilai eksport dunia tumbuh dari AS$315 bilion pada tahun 1950 hingga AS$3,447 bilion pada tahun 1990. Dan perdagangan selepas peperangan lebih beralih kepada perdagangan dalam barangan perkilangan, dan semakin dilaksanakan di antara negara-negara perindustrian, berbanding penukaran barangan perkilangan dari negara-negara perindustrian bagi bahan-bahan mentah dari ekonomi-ekonomi kurang maju pada masa dahulu.

Pertumbuhan dalam transaksi kewangan antarabangsa lebih menakjubkan lagi. Nisbah pertukaran asing kepada perdagangan sedunia berada pada tahap sembilan kepada satu pada tahun 1973. Menjelang tahun 1992, ia telah meningkat ke lebih 90 kepada satu. Pinjaman bank antarabangsa juga telah meningkat dengan mendadak. Sebagai kadar pembahagian daripada perdagangan sedunia, ia berada pada kadar 7.8 peratus pada tahun 1965, tetapi menjelang tahun 1991, ia telah meningkat ke 104.6 peratus. Terdapat juga peningkatan besar dalam pasaran bagi perhutangan kerajaan. Ini telah membawa peningkatan dalam ikatan kewangan kerajaan yang dipegang oleh tangan ‘orang asing.

Pengeluaran antarabangsa bertumbuh dengan lebih perlahan daripada perdagangan dan kewangan antarabangsa. Kebanyakan daripada apa yang biasanya dianggap sebagai globalisasi baru merujuk kepada proses mewujudkan rangkaian pengeluaran antarabangsa ini melalui pelaburan asing secara langsung (foreign direct investment; FDI). Stok FDI dalam ekonomi dunia telah meningkat dari AS$68 bilion pada tahun 1960 ke AS$1,948 bilion pada tahun 1992. Ini menandakan peningkatan peratus FDI dalam pengeluaran sedunia sebanyak 4.4 peratus ke 8.4 peratus dalam jangka masa yang sama. Tetapi lebih 90 peratus daripada FDI dipusarkan di sepuluh negara maju, dan sebanyak 66 peratus berpunca dari Amerika Syarikat, Jerman, Britain dan Jepun.

Peluasan antarabangsa sistem kapitalis ini jelasnya telah meningkatkan kuasa perusahaan-perusahaan multinasional utama. Mengikut satu anggaran, 300 perusahaan transnasional utama memegang 70 peratus daripada FDI dan 25 peratus daripada kapital dunia. Penjualan 350 perusahaan terbesar sama dengan satu pertiga daripada hasil kebangsaan kasar dari negara-negara kapitalis maju. Tetapi kita harus berhati-hati dalam mengatakan bahawa kesemua kuasa perusahaan-perusahaan ini berpunca daripada pertumbuhan pasaran dunia, seperti yang dicadangkan oleh perdebatan-perdebatan ekonomi berkenaan dengan globalisasi. Terdapat ‘pembesar politik’ yang telah mengutarakan pandangan pertumbuhan yang tidak dapat dihalang dalam kuasa perusahaan-perusahaan multinasional.

Roda kekalahan bagi kelas pekerja yang bermula pada pertengahan than 1970-an juga penting bagi menjelaskan pertumbuhan kuasa perusahaan-perusahaan dalam 25 tahun yang lalu. Kekalahan-kekalahan ini begitu penting dalam melemahkan persetujuan bulat suara negara kebajikan yang berleluasa di kalangan pemerintah-pemerintah elit sejak tahun 1950-an. Ini kemudiannya membuka jalan bagi ortodoks ekonomi neo-liberal yang telah membantu dan mengesahkan globalisasi. Khususnya, proses ini membantu mengubah pemahaman mengenai kerajaan dari konsep kerajaan yang beraksi sebagai imbangan bagi kuasa-kuasa pasaran menjadi ideologi kerajaan sebagai perawan dan penyokong perusahaan besar. Sebenarnya, realitinya adalah bahawa kerajaan tetap menjadi rakan paling rapat bagi perusahaan-perusahaan besar.

Dan tanpa penumbangan Tembok Berlin dan kemaraan kapitalisme cara Barat ke Rusia dan Eropah Timur, ideologi globalisasi sudah tentu tidak menjadi terkemuka seperti yang telah berlaku dalam sepuluh tahun yang lalu. Sememangnya, apakah akan terjadi kepada globalisasi jika separuh dunia tidak dapat dicapai olehnya? Tetapi Tembok Berlin sudah tumbang, dan ekonomi-ekonomi Eropah Timur telah mengalami kesan sepenuhnya ribut ‘penghancuran kreatif.’ Kejayaan pasaran terbuka begitu pendek, akibat-akibatnya begitu padah, dan ketidak-stabilan yang dibawa olehnya membawa faktor utama dalam desakan menuju peperangan.

Kerana ini, ia memang penting untuk mentafsirkan kegagalan globalisasi. Peluasan doktrin-doktrin neo-liberal dan pemansuhan kawalan yang dipromosikan olehnya telah membawa akibat ekonomi yang padah bagi kebanyakan negara di dunia. Perangkaan Bank Dunia bagi kemiskinan memberi kita satu petanda:

Perangkaan ini, yang menjadi perangkaan yang paling banyak dipetik di dunia, bahawa satu perempat daripada penduduk dunia berada di bawah garis kemiskinan bahawan (AS$1 sehari) dan lebih kurang separuh berada di bawah garis kemiskinan atasan (AS$2). Peratusan ini telah menurun dengan perlahan dalam dua kawasan yang paling miskin, iaitu Asia Selatan dan Afrika selatan Sahara, dan dengan mendadak di Negara Cina dan kawasan-kawasan Asia Timur yang lain, tetapi ia telah meningkat di negara-negara bekas Kesatuan Soviet. Dalam sepuluh tahun yang dilingkungi oleh perangkaan ini, jumlah penduduk miskin di dunia… berada pada tahap yang sama atau telah meningkat.

Perangkaan ini tidak melingkungi jangka masa selepas penumbangan ekonomi-ekonomi Asia Timur selepas kemerosotan tahun 1997. Dan ianya juga tidak memberitahu kita mengenai ketidak-samarataan di antara kaum kaya dan miskin yang semakin meningkat, termasuklah di masyarakat-masyarakat, seperti Negara Cina, di mana perindustrian sedang meningkatkan tahap kehidupan. Kesan proses ini adalah untuk mewujudkan krisis ekonomi, ketidak-stabilan sosial dan konflik politik. Dan dalam tanah ini, benih-benih peperangan ditanam.



No comments:

Post a Comment